Iftar@KL 2022 dijangka kembali meriah
- Written by Media Baharu
- Published in Semasa
KUALA LUMPUR, 15 April - Seramai 30,000 pengunjung dijangka memeriahkan program Iftar@KL kali ini setelah dua tahun pelaksanaannya ditangguhkan disebabkan pandemik COVID-19.
Program yang bermula pada 16 dan 17 April itu dianjurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).
Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC, Datuk Saraya Arbi, Iftar@KL menawarkan pengalaman berbuka puasa bersama pelbagai lapisan masyarakat sambil menikmati keindahan ibu negara.
(Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC, Datuk Saraya Arbi bercakap pada sidang media pelancaran Iftar@KL 2022)
"Untuk makluman semua, jumlah khalayak tempatan dan antarabangsa Festival Ramadan sebelum ini dijenamakan semula dari tahun 2012 hinggalah pada tahun 2014 telah mencatatkan kehadiran khalayak seramai 65,380 orang ketika itu," kata beliau kepada media selepas majlis pelancaran Iftar@KL 2022, di sini.
Selain itu ia bertujuan mengimarah dan memakmurkan Ramadan sebagai bulan ibadah serta keprihatinan sesama insan melalui amalan kebajikan, selain mengeratkan hubungan pelbagai kaum.
Program tersebut turut mendapat kerjasama daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta disokong oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/38094-iftar-kl-2022-dijangka-kembali-meriah